AM

Jambatan Pulau Pinang ditutup Ahad ini

07/12/2022 07:05 PM

GEORGE TOWN,  7 Dis (Bernama) -- PLUS Malaysia Bhd (PLUS) memaklumkan Jambatan Pulau Pinang, di sini akan ditutup sementara sempena acara larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang (PBIM) pada Ahad ini bermula dari 12 tengah malam sehingga 10 pagi.

PLUS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Jambatan Pulau Pinang akan dibuka dan beroperasi seperti biasa mulai pukul 10 pagi pada hari yang sama selepas tamat acara larian itu.

"Sehubungan dengan itu, PLUS menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) sebagai jalan alternatif dan mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan," menurut kenyataan itu.

PLUS mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya serta mereka boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

PBIM acara sukan tahunan terbesar di utara Semenanjung membuat kemunculan semula dengan larian fizikal tahun ini selepas berehat selama dua tahun dan difahamkan seramai 26,000 peserta telah mendaftar.

Kategori perlumbaan termasuk Maraton Penuh (42km), Separuh Maraton (21km) dan Larian 10km (Terbuka/Junior).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan