KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), di bawah Kabinet yang baharu dibentuk.
Rafizi akan menggantikan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang berkhidmat dengan kementerian itu sejak Ogos 2021 di bawah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Rafizi, 45, pernah menjadi Ahli Parlimen (MP) Pandan antara tahun 2013 dan 2018.
Beliau memenangi semula kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata barisan Kabinet baharu akan menghadiri mesyuarat khas dijadual berlangsung pada Isnin ini (5 Disember).
Pengumuman barisan Kabinet dibuat di Putrajaya pada pukul 8.20 malam ini dan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan dan platform media sosial.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial