AM

Pasca-COVID: Malaysia catat peningkatan tinggi ketibaan pelancong asing

02/12/2022 08:46 PM

GEORGE TOWN, 2 Dis  (Bernama) -- Malaysia mencatatkan peningkatan tinggi dalam ketibaan pelancong asing selepas pembukaan semula sempadan pada April lepas, kata Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Zainuddin Abdul Wahab.

Sehubungan itu, beliau berkata Tourism Malaysia optimis untuk mencapai sasaran 9.2 juta pelancong asing melawat Malaysia pada tahun ini yang ditetapkan kerajaan.

“Walaupun diramal kemelesetan ekonomi mungkin berlaku pada 2023, Tourism Malaysia telah bersedia menghadapi keadaan itu dan akan merancang strategi dengan memberi tumpuan kepada pasaran tertentu," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Northern Malaysia Coffee Experience di sini hari ini.

Beliau berkata tumpuan utama kedatangan pelancong akan terarah kepada pasaran domestik, serantau dan jarak sederhana.

“China merupakan penyumbang utama pada 2021, bagaimanapun negara itu belum membuka sempadannya, jadi kami akan menumpukan kepada negara lain seperti dari  Asia dan Timur Tengah,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan