DUNIA

Piala Dunia: “Saya harap kita telah banggakan bola sepak Asia” - Jurulatih Jepun Moriyasu

02/12/2022 01:56 PM

DOHA, 2 Dis (Bernama) -- Jurulatih Jepun Hajime Moriyasu berkata kemenangan pasukannya ke atas Sepanyol 2-1 diharapkan menjadi detik membanggakan kepada arena bola sepak Asia.

Kemenangan itu diperoleh hasil jaringan Ritsu Doan dan Ano Takana pada permulaan separuh masa kedua, menyaksikan Jepun layak ke pusingan 16 selaku juara Kumpulan E dan dijadual menentang Croatia selepas ini.

Jepun berjaya membuktikan kehebatannya dengan menewaskan Sepanyol dan Jerman dalam peringkat kumpulan, lapor Xinhua.

"...kemenangan kami ke atas Sepanyol dan Jerman iaitu dua daripada pasukan gergasi dunia menyuntik keyakinan yang tinggi kepada kami.

"Banyak perkara yang boleh kita pelajari dan Asia juga boleh menang di peringkat dunia -- Jepun boleh menang di peringkat dunia. Saya fikir semua orang di Asia akan berkongsi detik kegembiraan kita,” katanya.

Beliau turut mengulas mengenai perlawanan separuh masa dan berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan anak buahnya.

“Dua pertukaran (Doan dan Kaoru Mitoma) dibuat selepas masa rehat. Kami lebih tumpukan kepada serangan.

"Kami bertahan pada separuh masa pertama dan pada separuh masa kedua, kami dapat memanfaatkan usaha itu," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan