KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Sebanyak 80 pasukan dari enam negara akan bersaing pada Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Junior Datuk Chu Ah Nge di Kelab Diraja Selangor (RSC) di Bukit Kiara, pada Sabtu dan Ahad ini.
Pada kejohanan edisi ke-16 ini, menyaksikan penyertaan 56 pasukan tempatan, Singapura (9), Vietnam (5), Maldives (4), Indonesia (4) dan dua pasukan dari Thailand dalam kategori iaitu bawah lapan, 10, 12, 14 dan bawah 16 tahun.
Pengerusi penganjur kejohanan, Datuk Gerald Rakish Kumar, berkata pertandingan itu, yang juga dikenali sebagai 2022 Datuk Chu International, adalah untuk menyediakan persekitaran yang kompetitif untuk pasukan pelbagai peringkat umur di bawah Program Pembangunan RSC.
“Objektif utama adalah untuk memupuk persahabatan melalui semangat kompetitif dalam kalangan kelab dan akademi bola sepak tempatan dan negara-negara jiran yang memberi penekanan kepada pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial