KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Pertama Digital Bhd (Pertama Digital) melantik Saify Akhtar sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya, bersama Sivabalan Poobalasingam (Balan) sebagai Ketua Pegawai Kewangan, berkuat kuasa 1 Dis.
Syarikat itu berkata Saify yang sebelum ini merupakan pengarah strategi Pertama Digital, akan bertanggungjawab untuk menerajui dan memacu Pertama Digital ke hadapan dengan rancangan perniagaan yang berani dan inovatif untuk memastikan masa depan yang mampan dan menguntungkan.
Sementara itu, Balan akan ditugaskan untuk menstruktur dan menumpukan peningkatan keadaan kewangan Pertama Digital melalui pengurusan kewangan yang berhemat.
Pengerusi Tun Zaki Tun Azmi berkata pemahaman dan komitmen Saify adalah penting dalam memastikan kejayaan rancangan masa depan Pertama Digital.
“Digabungkan dengan kekuatan kakitangan kami dan tawaran perkhidmatan, saya percaya beliau akan dapat meningkatkan syarikat ke tahap yang lebih tinggi dan beliau mempunyai kemahiran kepimpinan yang diperlukan untuk membimbing Pertama Digital mencapai matlamat dan aspirasinya,” katanya dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial