ISTANBUL, 1 Dis (Bernama) -- Mexico tersingkir daripada Piala Dunia FIFA 2022 meskipun menang 2-1 ke atas Arab Saudi dalam Kumpulan C pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.
Di sebalik beberapa usaha yang dilakukan, kedua-dua pasukan gagal menghasilkan sebarang gol pada separuh masa pertama di Stadium Lusail.
Mexico memecah kebuntuan, menerusi Henry Martin yang melakukan jaringan dari jarak dekat pada minit ke-48.
Selepas lima minit, Luis Chavez melakukan sepakan percuma jarak jauh yang menakjubkan dan menewaskan penjaga gol Mohammed Alowais.
Pada minit ke-56, Hirving Lozano menjadikan kedudukan 3-0, tetapi dibatalkan kerana ofsaid.
Sementara itu, pemain Arab Saudi Salem Aldawsari berjaya menjaringkan gol pada masa kecederaan dan perlawanan berakhir 2-1.
Dengan keputusan ini, Argentina berada di tangga teratas Kumpulan C dengan enam mata, Poland dan Mexico masing-masing mengumpul empat mata dan Arab Saudi di tangga terbawah kumpulan dengan tiga mata.
Poland menduduki tempat kedua dan berjaya mara ke peringkat seterusnya, mengetepikan Mexico dengan perbezaan gol.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial