SAO PAULO (Brazil), 1 Dis (Bernama) -- Legenda bola sepak Brazil Pele dimasukkan semula ke hospital di Sao Paulo, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan anak perempuannya pada Rabu.
"Hai, kawan-kawan. Pelbagai laporan di media mengenai kesihatan ayah saya. Beliau berada di hospital untuk menjalani rawatan susulan.
"Tiada sebarang situasi yang mencemaskan atau membahayakan nyawa. Saya akan berada di sana untuk sambutan Tahun Baharu dan berjanji untuk menyiarkan beberapa foto. Benar-benar menghargai keprihatinan dan kasih sayang semua!!" kata Kely Nascimento menerusi hantaran di Instagram.
Bekas bintang bola sepak berusia 82 tahun itu menjalani pembedahan kanser kolon pada September 2021 dan telah keluar masuk hospital sejak itu.
Dianggap sebagai antara pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, Pele merangkul tiga kejuaraan Piala Dunia FIFA bersama pasukan kebangsaan Brazil pada 1958, 1962, dan 1970.
Beliau adalah penjaring terbanyak Brazil, dengan 77 gol bagi 92 perlawanan untuk negaranya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial