AM

AirAsia mulakan penerbangan Singapura-Sibu 16 Dis - Menteri Sarawak

30/11/2022 06:18 PM

KUCHING, 30 Nov (Bernama) -- Syarikat penerbangan AirAsia akan memulakan penerbangan Singapura-Sibu sebanyak empat kali seminggu mulai 16 Dis ini, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

"Kita juga akan ada (penerbangan) Singapura-Kuching dan Singapura-Miri. Kita semakin hampir kembali ke (keadaan) sebelum pandemik COVID-19," katanya selepas merasmikan acara Third Business Events Tribal Meet di sini hari ini. 

Abdul Karim berkata penerbangan Singapura-Kuching dan Singapura-Miri akan dikendalikan oleh syarikat penerbangan Scoot.

Di samping itu, beliau berkata Sarawak juga akan mempunyai syarikat penerbanganya sendiri di rantau ini yang dijangka bermula tahun hadapan.

"Sarawak memang sudah ada syarikat penerbangan kecil sendiri yang beroperasi di negeri ini yang digunakan kerajaan negeri dan akan memainkan peranan penting dalam syarikat penerbangan Sarawak terbabit," tambahnya.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan