AM

Johor bentang Belanjawan 2023 Khamis

30/11/2022 09:43 AM

JOHOR BAHRU, 30 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri akan membentangkan Belanjawan Johor 2023 secara langsung pada 9.30 pagi esok.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata belanjawan berkenaan boleh ditonton menerusi saluran televisyen Astro Awani (Saluran 501), Facebook rasmi Bernama dan Facebook rasmi beliau.

Onn Hafiz berkata pembentangan belanjawan itu juga boleh diikuti menerusi dua saluran radio iaitu Johor FM menerusi frekuensi 101.9 FM dan Best104 (Best FM) di frekuensi 104.1 FM.

“Insya-Allah, pelbagai insentif menarik menanti Bangsa Johor.

“Sama-samalah kita doakan kelancaran pembentangan belanjawan kerajaan negeri ini, demi kesejahteraan Bangsa Johor,” katanya melalui Facebook rasmi beliau, hari ini.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan