AM

MOTAC harap WTC 2022 bantu terjemah rangka kerja UNWTO untuk pemulihan pelancongan

29/11/2022 10:24 PM

KOTA KINABALU, 29 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)  berharap Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) 2022 akan membantu menterjemahkan rangka kerja sejagat  Pertubuhan  Pelancongan  Pertubuhan  Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) untuk pemulihan pelancongan di peringkat negara dan organisasi.

Menyasar untuk menjadikan potensi sebenar pelancongan sebagai penyedia pekerjaan dan tunggak ekonomi bagi mempercepatkan pemulihan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) MOTAC Datuk Mohd Zamri Mat Zain berkata banyak pesanan, pemerhatian dan pembelajaran berasaskan pengalaman yang berwawasan boleh difikirkan dalam persidangan dua hari lepas.

“Satu contoh ialah kepentingan pendekatan berpaksikan insan untuk membina semula daya tahan, terutamanya dalam mengatasi kekurangan pekerja mahir yang menjejaskan keupayaan sektor pelancongan untuk memenuhi permintaan yang meningkat.

Kami juga mendapati amalan terbaik dalam tadbir urus korporat dan peralatan penilaian kelestarian seperti alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), yang kekal sebagai kawasan yang belum pernah diterokai oleh perniagaan berkaitan pelancongan yang sebahagian besarnya terdiri daripada perusahaan kecil dan mikro di rantau ini,” katanya dalam ucapan penutupan WTC 2022 di sini hari ini. 

Beliau berkata adalah dititikberatkan bahawa kerajaan dan destinasi yang berjaya melangkaui ruang lingkup pelancongan dengan menawarkan dasar imigresen yang fleksibel, pelaburan dalam kesihatan dan perkhidmatan pendidikan serta meningkatkan peluang ekonomi untuk wanita yang merupakan antara inisiatif lain yang menyumbang ke arah pengukuhan perlindungan sosial. 

“Saya rasa ini adalah pelaburan mampan dalam modal insan yang akan mengambil masa ke arah menangani cabaran dihadapi sektor itu selain daripada kerentanan dan ketidaksamaan tersembunyi yang terbongkar oleh kerana pandemik sejagat.

Saya berharap Malaysia menjadi satu latar belakang inspirasi dalam pertemuan minda ini, membawa bersama sekor awam, industri dan akademia yang terbaik untuk dipertimbangkan pada pelancongan masa hadapan yang lebih lestari, inklusif dan berdaya tahan seperti dicita-citakan setiap orang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan untuk Wilayah Asia Pasifik UNWTO  Harry Wang berkata COVID-19 mengakibatkan pelancongan global tidak beroperasi sepenuhnya selama dua tahun dan menghentikan perjalanan di seluruh dunia.  

“Impak dan kerosakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini akibat pandemik itu terhadap sektor ini menyedarkan kami bahawa bagaimana rentannya ia kepada keadaan krisis dan kuasa luar,” katanya.  

Tambahan pula, beliau berkata terdapat keperluan untuk mengatasi krisis masa hadapan dengan perumusan strategi inovatif yang berupaya membayangkan kemungkinan senario bakal terjadi dan bagi  menyediakan hala tuju untuk peluang dan cabaran yang dijangka muncul dalam industri pelancongan. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan