AM

Agong berkenan menerima menghadap Anwar

29/11/2022 07:39 PM

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara, petang ini.

Menerusi catatan di Facebook rasmi Istana Negara, sesi menghadap bermula 5 petang itu adalah yang pertama kali buat Anwar sejak dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada Khamis lepas (24 Nov). 

Pada 24 Nov lepas, Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan surat cara pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-10 kepada Ahli Parlimen Tambun itu. 

Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ia selepas Seri Paduka memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu yang berkenan berangkat menghadiri Perbincangan Khas Raja-raja Melayu di Istana Negara pada hari sama, bagi membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan