KULIM, 29 Nov (Bernama) -- Calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 Datuk Azman Nasrudin memaklumkan beliau telah memberi keterangan kepada polis, berhubung kenyataannya yang mendakwa kerajaan dibentuk ketika ini adalah 'kerajaan zina'.
Azman berkata keterangan itu dibuat di Balai Polis Kulim Hi-Tech, di sini pada 12 tengah malam tadi.
“… saya (mengaku) agak kasar sikit malam itu sebab kerajaan baru tertubuh. (Tetapi) saya merujuk kepada resolusi yang UMNO sendiri buat dan langgarnya resolusi yang mereka sendiri buat, menyebabkan ahli-ahli UMNO di bawah ini kecewa.
“Ini berkenaan dengan prinsip, soal kerajaan campuran, kerajaan perpaduan dan sebagainya, itu cerita lain. Kami di PN juga akur dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika ditemui berkempen di Kampung Nesa di sini hari ini.
Ahad lalu, media melaporkan Azman mengeluarkan kenyataan bahawa berlaku isyarat jelas penolakan terhadap Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), susulan kerajaan perpaduan yang disifatkannya sebagai ‘kerajaan zina’.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial