DUNIA

Portugal lwn Uruguay: Bruno Fernandes jaring dua gol

29/11/2022 03:08 PM

DOHA, 29 Nov (Bernama) -- Bruno Fernandes menjaringkan dua gol sekali gus melayakkan Portugal menempah tempat ke kelompok 16 terbaik kejohanan Piala Dunia dengan kemenangan 2-0 ke atas Uruguay di Stadium Lusail.

Gol pembukaan berlaku pada minit ke-54 apabila pemain tengah itu cuba membuat hantaran silang kepada Cristiano Ronaldo, meskipun penyerang itu gagal mendapat sentuhan, beliau berjaya mengatasi penjaga gol Uruguay, Sergio Rochet, lapor Xinhua.

Uruguay mengasak untuk menyamakan kedudukan tetapi rembatan lencong Maxi Gomez terkena tiang, manakala Fernandes dihadiahkan peluang sepakan penalti pada minit terakhir selepas video bantu pengadil (VAR) menunjukkan bola terkena tangan pemain pertahanan Uruguay Jose Maria Gimenez.

Pemain tengah itu hampir menyempurnakan jaringan, tetapi cubaannya untuk menjaringkan hatrik gagal apabila rembatannya terkena tiang.

Uruguay perlu menewaskan Ghana dalam perlawanan terakhir kumpulan untuk berpeluang mara ke kelompok 16 terakhir.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan