KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Empat kenderaan rosak apabila dihempap pokok tumbang di Apartmen Pandan Jaya dan di Jalan Pandan di sini berikutan hujan lebat dan angin kencang, petang ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kedua-dua kejadian berkenaan.
“Pihak bomba menerima panggilan kejadian pertama pada 3.13 petang dan tiba di lokasi kejadian di Jalan Pandan 2/3 Pandan Jaya 10 minit kemudian dan mendapati terdapat sebatang pokok tumbang menghempap dua motosikal yang diletakkan di bawah pokok berkenaan.
“Panggilan kedua diterima pada 3.38 petang melaporkan terdapat pokok tumbang di Apartmen Pandan Jaya yang menghempap sebuah kereta Proton Waja dan sebuah van Nissan Vanette di bawah pokok berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Norazam berkata kerja mengalihkan pokok tumbang di kedua-dua lokasi berkenaan selesai dilakukan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial