BERITA TERGEMPAR   Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | 
 AM

Esok PM bermesyuarat dengan jabatan, agensi kerajaan fokus isu kos sara hidup

26/11/2022 11:27 PM

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan mesyuarat bersama jabatan dan agensi kerajaan di Putrajaya esok dengan memfokus kepada isu kos sara hidup yang menekan rakyat.

Beliau memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di laman Facebook dan Twitter hari ini.

“Malam ini meraikan jemaah kariah dan rakan-rakan di Sungai Long. Kami bersama mendirikan solat hajat dan membaca surah Yasin mendoakan semuanya selamat buat negara tercinta.

“Esok pagi jam 11 akan bermesyuarat bersama jabatan dan agensi kerajaan di Putrajaya yang akan memberi fokus soal kos sara hidup yang menekan rakyat,” katanya.

Anwar dijadual menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya esok.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan