SUKAN

Skuad B-23 jalani latihan bersama Elavarasan mulai Ahad ini

25/11/2022 12:06 AM

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Penolong Ketua Jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan E  Elavarasan bakal mengendalikan kem latihan pusat pertama skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara sejak dilantik sebagai pengendali pasukan itu pada 1 Sept lepas.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan malam ini memaklumkan kem latihan skuad B-23 bermula 27 Nov sehingga 6 Dis depan ialah sebagai persiapan menghadapi beberapa pertandingan antarabangsa pada tahun hadapan.

“Skuad B-23 kebangsaan akan mengharungi beberapa pertandingan antarabangsa yang penting tahun hadapan seperti Kejuaraan AFF B-23, Sukan SEA 2023 dan Kelayakan Piala Asia B-23 2024,” menurut kenyataan itu.

Justeru, Elavarasan telah menyenaraikan seramai 25 pemain untuk ke kem latihan pusat tersebut sementara lapan lagi pemain diletakkan dalam senarai bersedia sekiranya terdapat sebarang perubahan.

Berikut senarai penuh 25 pemain ke kem latihan pusat skuad B-23 negara:

 

BIL

NAMA

PASUKAN

1.

Muhamad Syahir Bashah

Selangor FC

2.

Ahmad Zikri Mohd Khalili

Selangor FC

3.

Ahmad Danial Ahmad Asri

Selangor FC

4.

Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri

Selangor FC 2

5.

Muhammad Aliff Izwan Yuslan

Selangor FC 2

6.

Muhammad Faiz Amer Runnizar

Selangor FC 2

7.

Fakrul Fareez Aidi

Selangor FC B-21

8.

Muhammad Haiqal Haqeemi Hairi

SELANGOR FC B-19

9.

Muhammad Hairiey Hakim Mamat

Terengganu FC

10.

Muhammad Syafik Ismail

Terengganu FC

11.

Muhammad Rahadiazli Rahalim

Terengganu FC

12.

Muhammad Safwan Mazlan

Terengganu FC 2

13.

Arif Shaqirin Suhaimi

Kuala Lumpur City FC

14.

Nik Umar Nik Azizi @ Aziz

Kuala Lumpur City FC

15.

Muhammad Nadzwin Mohd Salleh

Kuala Lumpur City FC B-21

16.

Muhammad Syaqimi Rozi

Kelantan FC B-21

17.

Muhaimin Izuddin Muhamad Asri

Kelantan FC B-21

18.

Hasnul Zaim Zafri

Sri Pahang FC B-21

19.

Ibrahim Manusi

Sri Pahang FC B-21

20.

Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak

Azul Claro Numazu FC

21.

Muhammad Aliff Najmi Shaaini

Kelantan United FC

22.

Mohd Aiman Afif Md Afizul

KDA FC

23.

T. Saravanan

Penang FC B-21

24.

A. Selvan

Negeri Sembilan FC

25.

Muhammad Firdaus Irman Mohd Fadhil

PDRM FC B-21

 

Sementara lapan pemain berikut pula diletakkan dalam senarai bersedia sekiranya terdapat perubahan dalam senarai nama 25 pemain di atas.

 

BIL

NAMA

PASUKAN

1.

Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman

Selangor FC 2

2.

Harith Haiqal Adam Afkar

Selangor FC 2

3.

S. Sharvin 

Selangor FC 2

4.

Muhammad Fahmi Daniel Mohd Zaaim

Selangor FC 2

5.

Muhammad Muslihuddin Atiq Mat Zaid

Terengganu FC 2

6.

Muhammad Adam Nadzmi Zamri

Kelantan FC B-21

7.

Suhaimi Abu

Kuala Lumpur City FC B-21

8. Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili Skuad Projek FAM-MSN

 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan