KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Seorang lelaki ditemukan lemas selepas mandi-manda bersama lima rakannya di Kampung Sungai Semungkis, Hulu Langat dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, Husain Hakimi Ridzuan, 22, dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras sungai sebelum tersepit di celahan batu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 11.14 pagi.
"Lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn dikerahkan ke lokasi pada 11.53 pagi untuk memulakan operasi pencarian.
"Mayat mangsa ditemukan pada 1.21 tengah hari dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial