DUNIA

PM Pakistan dijangkiti COVID-19 selepas adakan lawatan ke London

15/11/2022 06:39 PM

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 15 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif yang kembali ke Islamabad pada Isnin selepas lawatan lima hari ke London, disahkan positif COVID-19.

Beliau tidak sihat sejak dua hari lepas dan disahkan dijangkiti virus itu pada Selasa, kata Menteri Penerangan Marriyum Aurangzeb.

Shehbaz berlepas ke London untuk bertemu abangnya dan bekas perdana menteri Nawaz Sharif selepas menghadiri Persidangan Perubahan Iklim (COP 27) di Sharm El Sheikh di Mesir pada 7 Nov. 

Ini adalah kali ketiga Shehbaz dijangkiti COVID-19.

Beliau sebelum ini diuji positif pada Januari tahun ini dan Jun 2020

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan