AM

769 terima darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan

10/11/2022 03:44 PM

KOTA BHARU, 10 Nov (Bernama) -- Seramai 769 individu akan menerima pengurniaan kehormatan kebesaran negeri di Istana Balai Besar sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ke-53, Sabtu ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Nazran Muhammad berkata dua individu juga bakal dilantik sebagai Jaksa Pendamai.

"Menjunjung titah perintah dan limpah kurnia Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, adalah saya dengan ini memaklumkan bahawa baginda telah mengampuni perkenan mengurniakan gelaran, darjah kebesaran, bintang, pingat dan surat kebajikan kepada 769 penerima," katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat Pejabat Sultan Kelantan, Istana Balai Besar di sini hari ini.

Turut hadir Pengelola Istana D’Raja Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan dan Ketua Istiadat Kelantan Mej Jeneral (B) Datuk Mamat Ariffin Abdullah.

Beliau berkata seramai 114 individu akan menerima pengurniaan kehormatan kebesaran manakala sesi seterusnya akan dimaklumkan kemudian.

Nazran turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan istiadat pengurniaan kali ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan