AM

Banjir di Kampung Johan Setia, lapan mangsa diselamatkan

09/11/2022 09:06 PM

SHAH ALAM, 9 Nov (Bernama) -- Lapan mangsa diselamatkan pasukan penyelamat ekoran banjir yang melanda di Kampung Johan Setia, Klang, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya telah menerima panggilan 5.49 petang dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dan Balai Bomba dan Penyelamat Andalas sampai di lokasi 7.30 malam. 

"Mengikut laporan awal kedalaman air adalah lebih dua kaki dan terdapat lima mangsa yang diselamat oleh pasukan bomba sukarela dan tiga mangsa warga emas diselamatkan anggota bomba," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Johan Setia dan kerja-kerja menyelamat masih diteruskan dengan melakukan pemeriksaan di kawasan yang terlibat.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan