POLITIK

Penduduk mohon dua kampung diwarta tanah rizab Orang Asli

07/11/2022 06:25 PM

ALOR GAJAH, 7 Nov (Bernama) -- Kira-kira 200 penduduk Orang Asli Kampung Tebong Stesen dan Kampung Kubang Badak di Tebong di sini memohon parti politik yang berjaya membentuk kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini supaya mewartakan kedua-dua kampung berkenaan sebagai tanah rizab Orang Asli.

Ketua Kampung Tebong Stesen Besi Abdullah yang mewakili penduduk berkata langkah itu bagi memelihara kebajikan Orang Asli di kawasan itu seperti 14 penempatan Orang Asli lain di Melaka yang sebelum ini telah diwartakan sebagai tanah rizab Orang Asli.

Beliau mendakwa kehidupan penduduk semakin terhimpit berikutan terdapat pembukaan ladang kelapa sawit berdekatan kampung berkenaan.

“Pewartaan ini penting bagi memastikan kami tidak akan dipindahkan pada bila-bila masa (untuk tujuan pertanian atau pembangunan) dan memudahkan kami untuk bercucuk tanam serta membina penempatan yang lebih baik,” katanya ketika ditemui pemberita di kampung itu hari ini.

Di samping itu, Besi juga mahu pendidikan anak-anak Orang Asli di perkampungan itu terus diberi perhatian terutama penempatan tenaga pengajar yang memahami keperluan anak-anak Orang Asli.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan