KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd akan menyemak ke atas Kadar Asas Standard (SBR), Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BFR) dan Kadar Deposit Akaun-i berjangka tetap (FTA-i) masing-masing sebanyak 25 mata asas (bps), berkuat kuasa 8 November, 2022.
Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Muamalat berkata pelarasan itu akan menjejaskan semua pakej pembiayaan kadar terapung yang disandarkan kepada SBR, BR dan BFR.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Khairul Kamarudin berkata semakan semula kadar itu sepadan dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.75 peratus seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) semalam.
“Bank Muamalat akan terus menguruskan aset dan liabilitinya secara bertanggungjawab sambil menyokong inisiatif pertumbuhan ekonomi semasa dan memenuhi jangkaan pihak berkepentingan,” katanya.
Bank itu menggalakkan pelanggannya yang menghadapi kesukaran untuk membayar ansuran lebih tinggi berikutan kadar yang semakin meningkat, menghubungi pusat khidmat pelanggannya di talian 03-2600 5500 atau log masuk ke platform aplikasi Muamalat (MAP) di https://map.muamalat.com.my/.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial