AM

Perkhidmatan awam Sarawak sebagai 'enjin' capai PCDS 2030 - Abang Johari

22/10/2022 10:03 AM

KUCHING, 22 Okt (Bernama) -- Perkhidmatan awam di Sarawak akan menjadi satu daripada ‘enjin’ yang memacu negeri itu untuk mencapai matlamat ditetapkan di bawah Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan keyakinannya terhadap potensi perkhidmatan awam negeri dalam menyampaikan hasil berdasarkan inovasi mereka yang dipaparkan selama ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui menguruskan strategi berkenaan ialah tugas yang sukar dan mencabar.

“Individu dalam perkhidmatan awam seorang yang inovatif dan boleh melihat jauh, jadi anda (perkhidmatan awam) ialah jentera untuk mencapai (PCDS 2030) dan saya pemandunya. Saya boleh memandu dengan baik jika enjinnya bagus,” katanya.

Bercakap pada majlis Anugerah Konvensyen Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak di sini malam tadi, Abang Johari berkata kejayaan PCDS 2030 akan membantu menjadikan Sarawak sebuah negeri maju dengan ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Menerusi teknologi, ia akan memberi anda hasil yang kukuh yang sangat positif dan mungkin (mencipta) kaedah baharu tentang bagaimana anda menguruskan tugas yang diberikan, sama seperti PCDS 2030,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan