AM

Ribut petir, hujan lebat di lapan negeri hingga 7 malam Jumaat - MetMalaysia

14/10/2022 05:19 PM

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lapan negeri yang dijangka menyebabkan hujan lebat dan angin kencang hingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan hujan lebat dijangka berlaku di keseluruhan Negeri Sembilan dan Terengganu.

Amaran sama turut dikeluarkan di beberapa kawasan di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang, sementara di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera dan Rompin.

Kawasan lain yang terlibat ialah Kinta, Kampar dan Batang Padang di Perak; Hulu Langat, Selangor; Segamat, Kluang dan Mersing di Johor serta Bau, Kuching, Serian, Samarahan dan Asajaya di Sarawak.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan