AM

Rumah panjang di Kapit dilanda banjir, 16 penduduk dipindahkan

09/10/2022 11:36 PM

SIBU, 9 Okt (Bernama) -- Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Asrama Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Kapit lewat petang ini bagi menempatkan 16 penduduk daripada tiga keluarga dari Rumah Panjang John Ramba, Sungai Sesibau yang terjejas akibat banjir.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kapit Mohamad Noor Ini berkata mangsa terdiri daripada enam lelaki dewasa, empat perempuan dewasa dan dua wanita warga emas serta masing-masing seorang warga emas lelaki, seorang kanak-kanak lelaki, seorang kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki orang kurang upaya.

“PPS yang terletak di Jalan Bleteh, Kapit itu telah dibuka pada 6.45 petang dan sehingga 8.30 malam ini, kesemua mangsa telah dipindahkan dengan selamat dan bantuan sudah disalurkan,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Pegawai Daerah Kapit Cerisolog Sabut pula meminta orang ramai di Kapit sentiasa berjaga-jaga dan peka dengan arahan pihak berkuasa kerana beberapa lokasi sekitar daerah itu sudah dinaiki air akibat hujan yang kerap.

Beliau berkata penduduk yang terkesan boleh menghubungi Balai Bomba Kapit (08-4796 444) atau Pejabat APM Kapit (08-4796 330) jika mereka memerlukan bantuan untuk berpindah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan