POLITIK

PM Ismail Sabri, Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan 191 UMNO Bahagian hari ini

04/10/2022 03:13 PM

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan wakil 191 bahagian UMNO di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pertemuan tersebut melibatkan lebih 700 perwakilan yang hadir merangkumi Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri dari setiap bahagian parti itu.

"Perdana Menteri akan memberi ucapan kemudian ucapan oleh Presiden, itu sahaja sebenarnya," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Ditanya sama ada perkara yang akan dibincangkan termasuk berkenaan Pilihan Raya Umum ke-15 , Ahli Parlimen Pontian itu berkata: "Hanya perkara-perkara yang baik sahaja,".

Beliau berkata sidang media akan diadakan selepas pertemuan itu selesai.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan