EKONOMI

Subsidiari TH Plantations kumpul RM650 juta melalui terbitan Sukuk Wakalah

03/10/2022 07:41 PM

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Syarikat tujuan khas TH Plantations Bhd, THP Suria Mekar Sdn Bhd (TSM) telah menerbitkan RM650 juta dalam nilai nominal Sukuk Wakalah kanan. 

Nota jangka sederhana Islam ini mempunyai tempoh antara empat hingga 11 tahun.

"Hasil daripada terbitan akan digunakan oleh TSM bagi membiayai semula sukuk tertunggak semasa yang diterbitkan di bawah Program Sukuk Murabahah sedia ada TSM sehingga RM1.2 bilion dalam nilai nominal," kata TH Plantations dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

TH Plantations adalah cabang perladangan Lembaga Tabung Haji, yang memiliki 73.84 peratus kepentingan. 

Maybank Investment Bank Bhd merupakan penasihat prinsipal, pengatur dan pengurus utama bagi Program Sukuk Wakalah bank itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan