EKONOMI

RHB Investment Bank terbit nota subordinat bernilai RM100 juta

03/10/2022 07:37 PM

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- RHB Bank Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, RHB Investment Bank, telah menerbitkan nota-nota subordinat dengan nilai nominal RM100 juta di bawah Program Nota Jangka Sederhana Pelbagai Mata Wang (MCMTN).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, ia berkata hasil yang diperoleh daripada nota-nota subordinat itu akan digunakan untuk modal kerja dan tujuan perbankan am RHB Investment Bank.

Katanya, nota-nota subordinat, yang diberi penarafan AA2 oleh RAM Rating Services Bhd, diterbitkan untuk tempoh 10 tahun tidak boleh dipanggil lima tahun dengan kupon berkadar tetap 4.45 peratus setahun.

Ia menambah, nota tersebut akan layak sebagai modal Tahap 2 RHB Investment Bank, tertakluk kepada pematuhan keperluan seperti yang dinyatakan dalam Rangka Kerja Kecukupan Modal untuk Bank-Bank (Komponen Modal) yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia pada 9 Dis, 2020.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan