SUKAN

Jin Wei terlepas rangkul gelaran terbuka Vietnam

02/10/2022 08:28 PM

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pemain wanita perseorangan persendirian negara Goh Jin Wei terlepas peluang untuk memenangi gelaran pertamanya selepas empat tahun, apabila tewas pada perlawanan akhir Terbuka Vietnam, hari ini.

Pemain berusia 22 tahun itu, tewas 15-21, 12-21 kepada wakil tuan rumah Nguyen Thuy Linh dalam perlawanan 32 minit di Kelab Sukan dan Kebudayaan Nguyen di Ho Chi Minh.

Bekas juara Remaja Dunia dua kali itu layak ke akhir selepas mengalahkan seorang lagi pemain tuan rumah Tran Thi Phuong Thuy 12-21, 21-17, 21-14, semalam.

Pemain berasal dari Pulau Pinang itu, kali terakhir memenangi gelaran pada Kejohanan Remaja dunia 2018, di Kanada.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan