AM

Sultan Selangor berangkat ke Makan Malam Alumni UPM

01/10/2022 11:44 PM

SERDANG, 1 Okt (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Sirih Pulang ke Gagang @ Homecoming kali ke-11 anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sultan Sharafuddin yang merupakan Canselor UPM berangkat tiba kira-kira pukul 8.30 malam di Dewan Besar Pusat Kesenian dan Kebudayaan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM, diiringi Naib Canselor Datuk Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman dan Presiden Persatuan Alumni UPM Datuk Raihan Sharif.

Baginda kemudian berkenan menyampaikan beberapa anugerah kepada alumni yang telah memberi sumbangan bermakna kepada UPM dan masyarakat, termasuk anugerah utama iaitu Anugerah Mutiara Alumni kepada pendaki negara T.Ravichandran yang menakluk puncak tertinggi dunia Everest.

Sultan Sharafuddin turut berkenan melancarkan buku bertajuk "The Three Founding Faculties: Spurring The Glories of UPM" dan tabung Alumni City.

Majlis makan malam yang dihadiri 800 orang alumni UPM dari seluruh negara itu merupakan acara tradisi yang diraikan setiap dua tahun oleh universiti itu mulai 2001. 

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan