SUKAN

JDT II julang kejuaraan Liga Premier

01/10/2022 01:09 AM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dinobatkan selaku juara Liga Premier selepas menang tipis 1-0 ke atas Selangor FC dalam perlawanan di Stadium UiTM, Shah Alam, malam ini.

Skuad JDT II kendalian Mariano Echeverria turun dengan misi sekurang-kurangnya seri untuk menjulang kejuaraan liga itu bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga babak kedua perlawanan sebelum menghasilkan jaringan pendahuluan menerusi Daryl Sham K.K. George pada minit ke-49. 

Selangor 2 berpeluang menjaringkan beberapa gol namun ia gagal disempurnakan dan keputusan kekal 1-0 sehingga wisel penamat.

Keputusan tersebut menyaksikan gelaran juara Liga Premier sah menjadi milik JDT II dengan mengumpul 42 mata.

Dalam satu lagi aksi Liga Premier, Kelantan FC kekal di tangga kedua liga mengumpul 37 mata selepas mencatat keputusan seri 1-1 menentang Kelantan United pada perlawanan berlangsung di Stadium Muhammad Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.

Kelantan terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi Nurshamil Abd Ghani yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-35 sebelum Kelantan United menyamakan kedudukan pada minit ke-53 menerusi Mohammad Amirul Shafik.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan