GENEVA, 30 Sept (Bernama) -- China terus menunjukkan prestasi mantap dari segi daya inovasi apabila Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) meletakkan negara ini di kedudukan ke-11 bagi Indeks Inovasi Global (GII) 2022.
Ketua Pengarah WIPO, Daren Tang berkata prestasi cemerlang itu hasil usaha konsisten China dalam bidang harta intelek.
"Jika 10 tahun lalu, China berada di tempat ke-34, kini negara ini antara yang menduduki ranking teratas dalam indeks inovasi.
"Pencapaian itu menggambarkan kesungguhan kerajaan China dalam memantapkan inovasi sebagai enjin pertumbuhan," katanya.
Beliau berkata kerajaan China amat mementingkan harta intelek, dan mempunyai rancangan strategik yang mampu menyelaraskan kerja penggubalan dasar berkenaan dengan elemen pembangunan lain.
“Pembentukan ekosistem inovasi menerusi pendekatan holistik juga antara resipi kejayaan China,” tambah Tang.
Penyunting laporan GII, Sacha Wunsch-Vincent berkata nilai jenama syarikat tradisional dan syarikat baharu di China terus meningkat susulan pertambahan peruntukan terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Menurut laporan GII 2022 yang disiarkan pada Khamis, Switzerland, Amerika Syarikat (AS), Sweden, United Kingdom (UK) dan Belanda berada di kedudukan lima tempat teratas, manakala entiti ekonomi baharu muncul mengekalkan prestasi kukuh dalam bidang inovasi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial