AM

Filem seram tempatan 'Don't Look At The Demon' berjaya masuk pasaran Amerika Utara - Zahidi

30/09/2022 12:46 AM

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Filem seram 'Don't Look at the Demon', sebagai filem Malaysia pertama memasuki pasaran Amerika Utara  sekali gus membuka jalan untuk kejayaan dalam produksi tempatan masa depan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Menaraf filem itu sembilan daripada 10, katanya, filem tersebut, yang diterajui oleh pengarah dan penerbit filem tempatan, Brando Lee, memberi peluang kepada penonton antarabangsa untuk mempelajari dan memahami budaya, tradisi dan tarikan pelancong di Malaysia.

“Sekarang kami telah memasuki pasaran Amerika Utara, kami boleh berusaha untuk mencapai tahap baharu dengan menyasarkan memburu anugerah seperti Oscar, Emmy, dan banyak lagi dalam masa terdekat,” katanya selepas tayangan perdana filem itu di Pawagam DADI, Pavilion Kuala Lumpur, di sini, malam ini.

Selain Lee, tayangan perdana tersebut turut dihadiri pelakon, Malin Crépin, kelahiran Sweden. yang membawakan watak 'Martha' dan pelakon tempatan Hafidzuddin Fazil memegang watak sebagai pelayan bar.

'Don't Look at the Demon', dengan bajet pembikinan hampir RM9 million akan mula ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 6 Okt ini dan sehari kemudian di lebih 250 pawagam di Amerika Utara.

Berdasarkan kisah sebenar, filem tersebut mengisahkan sekumpulan penyiasat paranormal Amerika Syarikat yang telah mengembara ke Bukit Fraser di Pahang untuk menyiasat kejadian ghaib di sebuah rumah yang dibina pada tahun 1970-an.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan