SUKAN

Speedy Tigers tewas 0-7 di tangan Belgium

28/09/2022 10:45 PM

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Skuad hoki lelaki kebangsaan meneruskan siri jelajah Belgium dengan langkah kiri, selepas tewas 0-7 kepada tuan rumah itu pada aksi kedua yang berlangsung di Sportcentrum Wilrijkse Plein, di Antwerp, hari ini.

Turun berdepan pasukan kedua terbaik dunia, skuad kendalian A. Arul Selvaraj tampak kurang memberikan impak, sebelum dua jaringan pukulan sudut penalti pada suku pertama perlawanan dihasilkan pihak lawan.

Belgium kemudian menambah satu jaringan gol padang pada suku kedua perlawanan sebelum menambah empat lagi gol masing-masing pada suku ketiga dan suku terakhir perlawanan.

“Walaupun tewas 0-7 tapi banyak yang kita buat dengan bagus contohnya daripada segi pertahanan, corak bawaan bola,” katanya menerusi sidang video yang dikongsi oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

Selain Belgium, aksi persahabatan dalam siri jelajah tersebut turut melibatkan pertemuan dengan pasukan ranking ke-11 dunia, Perancis pada Selasa depan (4 Okt)

Siri jelajah tersebut adalah bagi mempersiapkan skuad tersebut menjelang Piala Sultan Azlan Shah 2022 di Ipoh, Perak, bermula 1 hingga 10 Nov ini serta Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar-Rourkela, India, dari 13 hingga 29 Jan depan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan