EKONOMI

RHB Bank terbit nota subordinat RM500 juta di bawah program MCMTN

28/09/2022 08:17 PM

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- RHB Bank telah menerbitkan nota-nota subordinat dengan nilai nominal RM500 juta di bawah program Nota Jangka Sederhana Pelbagai Mata Wang (MCMTN).

Menurutnya nota-nota subordinat itu yang mendapat penarafan AA2 oleh RAM Rating Services Bhd diterbitkan bagi tempoh 10 tahun tidak boleh dipanggil lima tahun dengan kupon berkadar tetap 4.40 peratus setahun, boleh dibayar setiap setengah tahun secara tertunggak sepanjang tempoh keseluruhan.

“Hasil daripada nota-nota subordinat itu akan digunakan untuk modal kerja umum dan tujuan korporat lain RHB Bank,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

RHB Bank berkata nota itu akan layak sebagai modal Tahap 2 RHB Bank, tertakluk kepada pematuhan keperluan seperti yang dinyatakan dalam Rangka Kerja Kecukupan Modal Untuk Bank-Bank (Komponen Modal) yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia pada 9 Dis, 2020.

Selain itu, menurutnya RHB Bank telah menebus sepenuhnya nota subordinat sedia ada dengan nilai nominal RM750 juta yang diterbitkan di bawah kod saham UN170146 ketika tarikh panggilan pertama pada 27 Dis, 2022.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan