BERITA COVID–19   Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19 | Pemilik premis dibenar tentukan pemakaian pelitup muka | Kementerian Kesihatan pertimbang beli vaksin COVID-19 lawan varian Omicron - Khairy | Kes baharu COVID-19 turun 16.9 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham | Jepun akan mudahkan¬†prosedur kuarantin COVID-19 di lapangan terbang | 
AM

KKM hargai penglibatan NGO bantu jayakan program vaksinasi

24/09/2022 12:01 AM

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) menghargai sumbangan badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat membantu mempercepatkan pemberian vaksin dalam kalangan rakyat negara ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata inisiatif seperti program vaksinasi dari rumah ke rumah yang digerakkan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) membantu KKM menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Pada waktu itu, memang KKM telah gerakkan jururawat dan doktor untuk laksanakan kempen vaksinasi dari rumah ke rumah, tetapi kami di KKM memang tidak cukup kakitangan.

“NCSM memberikan cadangan untuk libatkan sukarelawan membantu dan kempen ini telah membuahkan hasil apabila NCSM berjaya memberi vaksinasi lebih 150,000 dos,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penghargaan NCSM dan pelancaran buku ‘From Cancer to COVID’ yang dirasmikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di sini malam ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Dalam pada itu, Khairy berkata KKM memberi komitmen untuk bersama-sama NCSM memerangi kanser di negara ini.

“Selepas kita selesai dengan pandemik COVID-19 ini ataupun ia telah terkawal, maka KKM dan NCSM perlu kembali memerangi kanser. Saya beri komitmen sepenuhnya dengan NCSM,” katanya.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan