BATU PAHAT, 23 Sept (Bernama) -- Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, membabitkan daerah ini dan juga Pontian setakat 8 pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan berkata seramai 44 mangsa daripada 11 keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading, dekat sini.
PPS itu yang mula dibuka sejak Rabu lepas (14 Sept) menempatkan mangsa banjir dari kawasan terjejas seperti Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Kampung Seri Tanjung dan Pekan Seri Gading.
Sementara itu, PPS yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sawah, Pontian, semalam, melibatkan mangsa banjir dari Jalan Kurnia dan Kampung Maju Jaya.
Bagaimanapun, hanya terdapat 13 mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di PPS ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial