SUKAN

Insentif besar menanti kontinjen Sukma Terengganu jika raih juara

16/09/2022 10:46 AM

"Nilai ganjaran untuk temasya kali ke-20 ini kita naikkan sekali ganda berbanding Sukma 2018 di Perak.

"Untuk pingat emas, pemenang bakal menerima insentif sebanyak RM6,000, pingat perak sebanyak RM3,000 dan pingat gangsa RM2,000," katanya pada sidang media di sini malam tadi yang turut dihadiri timbalannya, Hishamuddin Abdul Karim.

Wan Sukairi berkata sekiranya pasukan Terengganu gagal mencapai sasaran untuk muncul juara keseluruhan seperti pada 2018, insentif kemenangan tetap akan diberikan tetapi mengikut kadar berbeza.

"Untuk pingat emas, kita akan beri ganjaran sebanyak RM3,000, perak sebanyak RM2,000 dan gangsa sebanyak RM1,000," katanya.

Pada Sukma kali ini, Terengganu menyasarkan pungutan 57 pingat emas, 25 perak dan 40 gangsa untuk mengekalkan status juara.

Antara sukan yang dijangka menjadi lubuk emas ialah basikal, kanu, pelayaran dan judo.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan