EKONOMI

OGA 2022, MOGSEC, PSC CERMIN PELUANG DALAM KEPELBAGAIAN EKONOMI MALAYSIA

14/09/2022 09:37 AM

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Sinergi antara Minyak dan Gas Asia (OGA) 2022, Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Minyak dan Gas Malaysia (MOGSEC) termasuk Persidangan Kelestarian Petrokimia (PSC) mencerminkan peluang dalam kepelbagaian ekonomi Malaysia. 

Pengerusi Bersama Informa Markets Malaysia Tan Sri Mohd Azumi Mohamed berkata acara tiga hari itu telah menarik penyertaan kira-kira 1,000 syarikat dari 47 negara dan wilayah serta 20,000 pelawat perdagangan. 

 "Acara minyak, gas dan tenaga yang inklusif ini disatukan oleh kedua-dua persatuan serta Informa Markets Malaysia untuk menjadi platform bagi industri serta pakar pasaran berdagang, berinovasi dan berkembang," katanya dalam ucapan alu-aluannya hari ini.

OGA dihoskan oleh Informa Markets Malaysia, MOGSEC oleh Majlis Perkhidmatan Tenaga Minyak dan Gas Malaysia, PSC oleh Persatuan Petrokimia Malaysia (MPA) dalam perkongsian strategik bagi mengukuhkan Malaysia sebagai hab minyak, gas, tenaga dan petrokimia di rantau ini, di samping secara kolektif menangani isu-isu mendesak yang memberi impak kepada industri pasca pandemik. 

Presiden MPA Akbar Md Thayoob berkata PSC akan memberi tumpuan kepada penyahkarbonan operasi, amalan ekonomi kitaran termasuk pemboleh yang menyokong peralihan tenaga dan matlamat sifar bersih.

"Ia akan menyediakan platform untuk kami melibatkan diri dengan pihak berkepentingan utama dan membantu mereka dalam memacu peralihan berkaitan iklim mereka. 

"Kami berharap dapat membantu Malaysia mencapai sasaran menjadi negara neutral karbon menjelang 2050 dan mengurangkan pelepasan gas sebanyak 45 peratus menjelang 2030," katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan