AM

50,000 dijangka hadir sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka

25/08/2022 09:50 PM

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Kira-kira 50,000 orang dijangka membanjiri Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini bagi menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan ke-65.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek berkata orang ramai sudah tidak sabar menyaksikan detik bersejarah itu selepas dua tahun negara tidak mengadakan sambutan berkenaan secara besar-besaran berikutan pandemik COVID-19. 

"Pada tahun ini, pengunjung yang dahagakan sambutan Hari Kebangsaan pasti akan merasai kelainan apabila hadir ke sini (Dataran Merdeka) kerana kita melaksanakannya dalam skala besar-besaran," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persiapan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 di Dataran Merdeka di sini hari ini.   

Sementara itu, Mohammad antara kelainan sempena acara sambutan kali ini ialah persembahan Orkestra RTM yang dianggotai 65 pemain muzik bagi mengiringi acara persembahan pada hari berkenaan. 

Katanya kesemua 27 kementerian juga akan mengambil bahagian dalam perbarisan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan