Oleh Melati Mohd Ariff
Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 13 Ogos hingga pukul 11:59mlm 19 Ogos 2022.
Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.75 juta kes. Di peringkat global, lebih 599 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.46 juta kes. Lebih 573 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.
Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Enam (6) daripada 12 kluster baharu yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang minggu ini adalah kluster pendidikan.
Kluster pendidikan ini dikesan di Perak, Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.
Antara kluster pendidikan yang dilaporkan termasuk Kluster Jalan Rektor Nilai 2 di Seremban, Negeri Sembilan (39 kes) dan Kluster Jalan Pantai Endah 2, Lembah Pantai (WP Kuala Lumpur) dengan 14 kes.
Lima (5) kluster baharu lain adalah kluster kumpulan berisiko tinggi (Selangor, Johor, Perak dan Pulau Pinang) dan satu (1) kluster pusat tahanan (Perak).
pic-2
Secara keseluruhannya, sebanyak 7,063 kluster dikesan sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu dan setakat 18 Ogos, sebanyak 34 kluster masih aktif.
Semalam (19 Ogos) sebanyak 3,490 kes harian baharu dilaporkan termasuk tiga (3) kes import. Terdapat enam (6) kes kematian pesakit COVID-19, menjadikan jumlah kematian untuk tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (13 Ogos - 19 Ogos 2022) sebanyak 60 kes. Kumulatif kes kematian negara akibat COVID-19 setakat ini sebanyak 36,124 kes.
Menurut data COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga pukul 11:59malam 19 Ogos 2022, daripada 3,490 kes, WP Kuala Lumpur mencatat angka tertinggi sebanyak 915 kes.
Negeri lain yang mencatat kes tiga angka ialah Selangor (796), Perak (303), Sabah (272), Negeri Sembilan (241), Pulau Pinang (142), Melaka (141), Sarawak (133), WP Putrajaya (130) dan Johor (116).
Empat buah negeri mencatat kes dua angka iaitu Kedah (97), Kelantan (83), Pahang (76) dan Terengganu (37).
Negeri mencatat kes satu angka ialah Perlis (3) dan WP Labuan (5).
Untuk tempoh Rangkuman ini, jumlah kes harian baharu COVID-19 menurun kepada 24,322 kes, berbanding 27,028 kes pada 6 Ogos -12 Ogos 2022.
pic-4
Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 13 Ogos hingga 19 Ogos 2022:-
13 Ogos (4,334), 14 Ogos (3,045), 15 Ogos (2,437), 16 Ogos (3,429), 17 Ogos (3,516), 18 Ogos (4,071) dan 19 Ogos (3,490).
Kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 6 Ogos hingga 12 Ogos 2022:-
6 Ogos (4,684), 7 Ogos (2,728), 8 Ogos (2,863), 9 Ogos (3,083), 10 Ogos (4,896), 11 Ogos (4,831) dan 12 Ogos (3,943).
Negara jiran Singapura masih mencatat kes harian baharu COVID-19 yang tinggi sepanjang minggu ini, berdasarkan data Worldometer seperti berikut:-
13 Ogos (4,403), 14 Ogos (3,023), 15 Ogos (2,665), 16 Ogos (5,202), 17 Ogos (3,762), 18 Ogos (3,553) dan 19 Ogos (3,004).
Sebanyak 3,193 kes sembuh COVID-19 dilaporkan sehingga pukul 11:59mlm 19 Ogos 2022, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,673,593 kes.
Data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59 mlm 19 Ogos 2022 menunjukkan 41,212 kes (96.4 peratus) dikuarantin di rumah daripada 42,767 kes aktif.
Sebanyak 26 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,454 kes (3.4 peratus) di hospital; 30 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 45 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.
Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu
Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala
Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru
Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru
Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen
Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Dengan sebanyak 4,752,490 kumulatif kes, Malaysia kini di tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) sebanyak 4,772,813 kes dan Austria (4,852,013).
Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun yang kini berdepan dengan gelombang ke-7 COVID-19, masih mencatat kes harian baharu tertinggi (261,252) diikuti Korea Selatan (138,741) dan Amerika Syarikat (765,697).
Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,065,515 kes.
SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA
pic-3
Kes sembuh:-
13 Ogos (5,082), 14 Ogos (4,226), 15 Ogos (3,658), 16 Ogos (4,882), 17 Ogos (2,541), 18 Ogos (3,289) dan 19 Ogos (3,193).
*kes kumulatif sembuh sehingga 19 Ogos 2022 sebanyak 4,673,593.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-
13 Ogos (44,617), 14 Ogos (43,431), 15 Ogos (42,203), 16 Ogos (40,741), 17 Ogos (41,701), 18 Ogos (42,476) dan 19 Ogos (42,767).
Perincian kes harian baharu (3,490 kes) :-
*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 19 Ogos 2022
*(+kes import)
pic-5
Tiga angka - WP Kuala Lumpur 915 (+0), Selangor 796 (+0), Perak 303 (+0), Sabah 272 (+0), Negeri Sembilan 241 (+0), Pulau Pinang 142 (+0), Melaka 141 (+0), Sarawak 131 (+2), WP Putrajaya 130 (+0) dan Johor 116 (+0).
Dua angka - Kedah 96 (+1), Kelantan 83 (+0), Pahang 76 (+0) dan Terengganu 37 (+0).
Satu angka - Perlis 3 (+0) dan WP Labuan 5 (+0).
Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-
13 Ogos - Kes baharu 4,334; Kes kumulatif 4,732,502; Kes import 6
14 Ogos - Kes baharu 3,045; Kes kumulatif 4,735,547; Kes import 5
15 Ogos - Kes baharu 2,437; Kes kumulatif 4,737,984; Kes import 6
16 Ogos - Kes baharu 3,429; Kes kumulatif 4,741.413; Kes import 6
17 Ogos - Kes baharu 3,516; Kes kumulatif 4,744,929; Kes import 3
18 Ogos - Kes baharu 4,071; Kes kumulatif 4,749,000; Kes import 2
19 Ogos - Kes baharu 3,490; Kes kumulatif 4,752,490; Kes import 3
Perincian kluster baharu seperti berikut:-
pic-6
13 Ogos - tiada kluster
14 Ogos - 1 (kumpulan berisiko tinggi 1)
• Kluster Solok Bunga Pudak (Timur Laut, Pulau Pinang) - 14 kes
15 Ogos - 2 (pendidikan 2)
• Kluster Jalan Masjid Kemahang (Tanah Merah, Kelantan) - 10 kes
• Kluster Dua Jalan Panchang Bedena (Sabak Bernam, Selangor) - 24
16 Ogos - 4 (kumpulan berisiko tinggi 2, pendidikan 1, pusat tahanan 1)
• Kluster Jalan Joget Lapan - kumpulan berisiko tinggi (Johor Bahru, Johor) - 20 kes
• Kluster Jalan Lapangan Siber Satu - kumpuan berisiko tinggi (Kinta, Perak) - 12 kes
• Kluster Jalan Rektor Nilai 2 - pendidikan (Seremban, Negeri Sembilan) - 38 kes
• Kluster Tembok Bendera 3 - pusat tahanan (Kinta, Perak) - 5
17 Ogos - 1 (pendidikan 1)
• Kluster Jalan Pantai Endah 2 (Lembah Pantai, WP Kuala Lumpur) - 14 kes
18 Ogos - 1 (pendidikan 1)
• Kluster Pekan Dengkil (Sepang, Hulu Langat, Putrajaya) - 8 kes
19 Ogos - 3 (kumpulan berisiko tinggi 2, pendidikan 1)
• Kluster Persiaran Puchong Jaya Selatan - kumpulan berisiko tinggi (Petaling, Selangor) - 12 kes
• Kluster Jalan Manjoi - kumpulan berisiko tinggi (Kinta, Perak) - 10 kes
• Kluster Jalan Slim 2 - pendidikan (Mualim, Perak) - 8 kes
Secara keseluruhannya, KKM mengesan sebanyak 7,063 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat semalam (19 Ogos), 34 kluster yang masih aktif.
Rekod kes kematian:-
*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.
13 Ogos - 10 (BID 1), 14 Ogos - 5 (BID 0), 15 Ogos - 8 (BID 2), 16 Ogos - 9 (BID 1), 17 Ogos - 15 (BID 4), 18 Ogos - 7 (BID 1) dan 19 Ogos - 6 (BID 0).
*Jumlah kes kematian sehingga 19 Ogos 2022, sebanyak 36,130 kes.
STATISTIK GLOBAL COVID-19
pic-7
Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 599,698,375 berbanding 594,047,735 kes pada minggu lepas dengan 6,469,373 kematian (jumlah kematian minggu lepas sebanyak 6,451,778). Sebanyak 573,708,279 kes sembuh dilaporkan berbanding 566,183,558 kes pada minggu lepas.
Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Brazil, Jerman, United Kingdom, Itali, Korea Selatan, Rusia dan Turkiye.
Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-
Amerika Syarikat 95,324,830 (+75,697)
India 44,325,136 (+10,518)
Perancis 34,319,922 (+20,236)
Brazil 34,264,237 (+18,863)
Jerman 31,771,884 (+tiada maklumat)
United Kingdom 23,460,787(+tiada maklumat)
Korea Selatan 22,000,037 (+138,741)
Itali 21,606,606 (+24,689)
Rusia 19,037,664 (+37,609)
Turkiye 16,671,848(+tiada maklumat)
Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu):-
Vietnam di tangga 13 - 11,379,554 (+2,983)
Indonesia di tangga 19 - 6,306,686 (+5,163)
Malaysia di tangga 27 - 4,752,490 (+3,490)
Thailand di tangga 29 - 4,630,310 (+2,110)
Filipina di tangga 38 - 3,848,449 (+3,748)
Singapura di tangga 47 - 1,812,255 (+3,004)
Myanmar di tangga 84 - 614,573 (+32)
Brunei di tangga 112 - 215,283 (+tiada maklumat)
Laos di tangga 113 - 213,072 (+152)
Kampuchea di tangga 125 - 137,377 (+28)
-------------------------------------------------------------------------
LATAR BELAKANG COVID-19
-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.
-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.
-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.
-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.
-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).
-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.
-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).
-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.
-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.
-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)
-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.
-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.
-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).
-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.
-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.
-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.
BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial