BATU PAHAT, 18 Ogos (Bernama) -- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya menerima geran penyelidikan di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) bagi tahun 2022 melibatkan 37 projek bernilai keseluruhan RM3,817,194.
UTHM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, 37 projek penyelidikan itu mencakupi enam bidang iaitu sains sosial, sains tulen dan gunaan, sastera dan sastera ikhtisas, teknologi dan kejuruteraan, warisan alam dan budaya serta teknologi maklumat dan komunikasi.
Menurut universiti itu, penerima dana penyelidikan tertinggi melibatkan penyelidik daripada Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST) Dr Muhammad Abdul Latiff Abu Bakar dengan penyelidikan bertajuk ‘Ethnozoology and Wildlife Consumption Among Aborigines in Peninsular Malaysia’, dengan nilai geran RM195,000.
Naib Canselor UTHM Prof Dr Ruzairi Abdul Rahim menerusi kenyataan itu mengucapkan tahniah kepada semua kumpulan penyelidik yang berjaya menerima geran tersebut.
“Penerimaan geran ini diharap dapat memberi ruang dan peluang kepada ahli akademik dan pakar dalam bidang masing-masing di universiti ini untuk melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung bagi membantu negara memacu ekonomi inovatif berlandaskan penyelidikan dan pembangunan,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial