BERITA TERGEMPAR   Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | 
 JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki ditahan disyaki menyamar Raja Muda Perak

18/08/2022 03:42 PM

ALOR SETAR, 18 Ogos (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan menyamar sebagai Raja Muda Perak, Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira 5.30 petang semalam dan direman mulai hari ini hingga 21 Ogos.

Beliau berkata suspek disyaki cuba menyamar sebagai Raja Muda Perak semasa berurusan di Pejabat Tuanku Sultan Kedah kira-kira 11.30 pagi, pada 28 Jun.

"Berdasarkan maklumat diterima polis, lelaki ini datang bersama dua wanita dengan memperkenalkan diri menggunakan satu kad berwarna kuning dan butiran tertera seperti berikut 'DYMM Raja Muda Perak Tuanku Tun Mamat Fadhil Duke Of Royal Malaysia British Bin DYTM Sheikh Tengku Lope Salleh Of Royal Irish Fusiller Princess Victoria'," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Shukri berkata bagaimanapun hasil semakan dengan Bahagian Protokol dan Istiadat Negeri Perak telah mengesahkan bahawa tiada kerabat diraja negeri itu dengan nama, gelaran dan nombor kad pengenalan sedemikian. 

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan manakala dua wanita itu sedang dikesan polis.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan