AM

Pelantikan Nooh Gadut tingkatkan pengurusan fatwa negara

16/08/2022 01:57 PM

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Pengalaman dan kredibiliti Datuk Dr Nooh Gadut sebagai Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang baharu diharap dapat mempertingkatkan lagi pengurusan dan penyelarasan hal ehwal kefatwaan negara.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata JAKIM turut menaruh keyakinan terhadap bekas Mufti Johor itu berdasarkan penglibatannya secara langsung dalam institusi kefatwaan sebelum ini. 

“Berdasarkan pengalaman luas dan kredibiliti beliau sebagai mufti Johor sebelum ini serta penglibatan secara langsung dalam institusi kefatwaan, khususnya hal berkaitan isu-isu semasa di negara ini, JAKIM menaruh keyakinan beliau akan dapat membantu mempertingkatkan lagi pengurusan dan penyelarasan hal ehwal kefatwaan di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Pelantikan Nooh diperkenan melalui Mesyuarat Majlis Raja Raja Kali Ke-259 yang telah diadakan pada 30 Jun lepas dan berkuat kuasa sehingga 29 Jun 2024.

Watikah pelantikan beliau telah disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi MKI semalam.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan