DUNIA

Cedera, bekas juara dunia Sindhu tarik diri daripada Kejohanan Badminton Dunia Tokyo

15/08/2022 05:25 PM

TOKYO, 15 Ogos (Bernama) -- Pusarla V. Sindhu, juara dunia perseorangan wanita pada 2019, terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Badminton Dunia kerana kecederaan, lapor Xinhua, memetik badan induk dunia sukan itu BWF pada Isnin.

“Ketika saya berada di tahap terbaik untuk memenangi pingat emas di CWG untuk India, malangnya, saya terpaksa menarik diri daripada kejohanan dunia itu,” kata Pusarla kepada peminat dalam satu kenyataan di media sosial.

BWF berkata bahawa selepas imbasan MRI, pasukan perubatan mengesahkan terdapat keretakan akibat tekanan di kaki kirinya dan mengesyorkan pemenang dua kali pingat Olimpik itu untuk berehat seketika.

Pemain nombor 7 dunia itu berharap untuk merangkul satu lagi emas di kejohanan dunia, berikutan pencapaiannya yang menakjubkan pada 2022 selepas memenangi gelaran di Terbuka Singapura, Terbuka Switzerland dan Syed Modi International 2022.

--BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan