BAITULMAQDIS (Palestin), 15 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki Palestin mati ditembak oleh polis Israel di bandar Kafr Aqab di utara Baitulmaqdis, pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.
Menurut Pejabat Gabenor Baitulmaqdis Pihak Berkuasa Palestin dalam satu kenyataan, mangsa dikenali sebagai Mohammad al-Hasham.
Lelaki itu dipercayai ditembak dari jarak dekat selepas pegawai polis Israel menceroboh masuk ke dalam rumahnya, menurut kenyataan itu.
Polis Israel telah mengambil jasad Hasham tetapi tiada butiran lanjut diberikan.
Sementara itu, polis Israel mendakwa rakyat Palestin itu cuba menyerang seorang pegawainya sebelum dia ditembak.
Polis Israel melancarkan operasi mengesan di bandar Kafr Aqab dan menyerbu sebuah rumah kerana penghuninya disyaki memiliki senjata.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial