EKONOMI

Dagangan MPCorp digantung berkuat kuasa 19 Ogos, dinyahsenarai pada 23 Ogos

12/08/2022 08:30 PM

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Dagangan Malaysia Pacific Corporation Bhd (MPCorp) akan digantung oleh Bursa Malaysia Securities Bhd berkuat kuasa 19 Ogos dan dinyahsenarai pada 23 Ogos, melainkan rayuan berhubung penyahsenaraian itu dikemukakan pada atau sebelum 18 Ogos.

Ini berikutan keputusan Bursa Securities melalui surat bertarikh 11 Ogos, 2022 yang menolak permohonan syarikat untuk melanjutkan tempoh bagi mematuhi Perenggan 8.04(3) dan Nota Amalan 17 Syarat-Syarat Penyenaraian Pasaran Utama di Bursa Securities, katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Menurutnya, syarikat bercadang untuk mengemukakan rayuan kepada Bursa Securities berhubung penyahsenaraian itu dalam jangka masa diberi.

“Sekiranya syarikat mengemukakan rayuan kepada Bursa Securities dalam jangka masa rayuan, penyahsenaraian sekuriti itu daripada senarai rasmi Bursa Securities pada 23 Ogos akan ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan syarikat,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, Bursa Securities akan meneruskan penggantungan dagangan sekuriti syarikat pada 19 Ogos walaupun keputusan mengenai rayuan itu masih belum selesai.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan