EKONOMI

Subsidiari MGB dapat projek pembangunan bernilai RM172.34 juta

11/08/2022 07:49 PM

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- MGB Bhd mengumumkan bahawa subsidiari milik penuhnya, MGB Construction & Engineering Sdn Bhd (MGBCE) telah menerima surat anugerah daripada Kita Sejati Sdn Bhd bagi cadangan projek pembangunan bernilai RM172.34 juta.

Projek ini melibatkan dua blok pangsapuri servis 24 tingkat yang terdiri daripada 843 unit serta 211 unit mampu milik; satu blok bangunan lapan tingkat dengan fasiliti di tingkat bawah serta tingkat satu; tempat letak kereta podium tujuh tingkat; satu rumah pengawal dan satu ruang sampah. 

MGB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata kontrak itu akan meningkatkan tempahan dalam tangan syarikat dan kumpulan yang sedia ada. 

"Dengan kontrak yang diperolehi, tempahan dalam tangan tertunggak semasa kumpulan adalah kira-kira RM2.21 bilion. 

"Kontrak tersebut tidak akan memberi kesan ke atas modal saham terbitan syarikat tetapi ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan serta aset bersih sesaham syarikat dan kumpulan untuk sepanjang tempoh kontrak," katanya. 

MGB menambah tarikh permulaan kerja-kerja dijadualkan menjelang 1 Sept 2022 (atau akan dimaklumkan) dan tarikh siap adalah pada 30 Nov 2023.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan