AM

Pemulihan bekalan air di Kuantan capai 50 peratus - PAIP

11/08/2022 07:25 PM

KUANTAN, 11 Ogos (Bernama) -- Proses pemulihan bekalan air di kawasan yang menghadapi gangguan akibat masalah mekanikal di Rumah Pam Kobat Lama, di sini telah mencapai 50 peratus, setakat petang ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata kerja-kerja pembaikan air valve dan line pump di Rumah Pam Kobat Lama, di sini  telah siap pada 5.30 pagi tadi.

Beliau berkata kawasan yang tinggi dan jauh dari loji akan mengambil masa secara berperingkat untuk pulih dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya antara 24 jam dan 48 jam, namun PAIP akan terus menggerakkan lori tangki air ke kawasan yang terjejas.

“PAIP berharap bagi pengguna yang telah menerima bekalan air menggunakan secara berhemat dan memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan kawasan yang masih belum pulih adalah seluruh kawasan Beserah sehingga Sempadan Chendor termasuk Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP), Maritim, Bandar Damansara dan Taman Dato’ Rashid.

Selain itu, kawasan yang terlibat ialah Kampung Darat Sekolah, Jeram, Sungai Karang Maju, Aspa Cottage, Jabor, Sungai Karang, Chengal Lempong, Balok, Seberang Balok, Sungai Ular, Pelabuhan, Cherating, Kubang Ikan, Kampung Alor Batu, dan Batu Hitam.

Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di talian 09-573 9999.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan